PERHIMPUNAN RASMI RUMAH RAJA HITAM
Perhimpunan rumah ini diadakan pada setiap hari selasa minggu 1,3,dan 5 setiap bulan. Bermula pada jam 7.00 - 7.30 pagi. Perhimpunan ini dikendalikan oleh pelajar mengikut rumah . Bagi Rumah Raja Hitam ia dikendalikan oleh Kapten Rumah iaitu saudara Zulfatly.Pengisian Perhimpunan Rasmi Rumah
1. Kata Aluan Pengerusi Perhimpunan2 Lagu Negaraku3. Nyanyian Lagu Rumah
4. Bicara Pemimpin
5. Percambahan Minda Oleh Guru Rumah
6. Laporan/ Makluman/ Teguran/ Komen Ketua Biro-Biro
7. DoaLatar Belakang Sistem Rumah
Program Sistem Rumah mula dilaksanakan di semua Sekolah Berasrama Penuh mulai tahun 2005. Pelaksanaan program ini menyeluruh dan merangkumi aspek kurikulum, kokurikulum, sahsiah, kepimpinan dan kehidupan sosiobudaya murid di sekolah dan asrama. Penilaian dan pemantauan terhadap pelaksanaan sistem ini boleh dilakukan dengan mudah oleh kalangan ibu bapa dan warga sekolah kerana ianya menggunakan perisian laman web ’sbpexcellent’ yang mudah dan bersifat global. Keberkesanan sistem ini diakui sendiri oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Sekolah Berasrama Penuh, KPM dalam Persidangan Guru-Guru Penolong Kanan Kokurikulm Kebangsaan pada 13 September 2007 yang lalu. Beliau menegaskan bahawa setakat bulan September 2007, seramai 4250 pengguna (dari dalam dan luar negara) telah melayari laman web ini. Dengan kata lain, sistem ini mampu mengurangkan gejala salah laku disiplin murid kerana setiap murid akan sentiasa berusaha untuk menyumbangkan markah kepada rumah masing-masing melalui penglibatan mereka dalam akademik, aktiviti kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan. Namun begitu, markah rumah yang terkumpul akan boleh menyusut apabila ada ahli-ahli dalam rumah itu yang melakukan sebarang kes salah laku disiplin atau lebih dikenali sebagai sistem de-merit. Program ini turut memberikan impak yang positif kerana persaingan markah antara rumah sentiasa menjadi isu dan perbincangan hangat yang bukan sahaja melibatkan ahli dalam rumah di sekolah yang sama, malahan perbandingan markah antara sekolah-sekolah juga turut menjadi agenda penting dalam mesyuarat pengurusan sekolah SBP di seluruh negara.OBJEKTIF
Antara objektif program ini diadakan adalah untuk :
1. Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, saling membantu, setia kawan dan saling hormat menghormati.
2. Menanam rasa semangat kekitaan, semangat sayangkan rumah serta semangat kebersamaan dalam semua perkara dan sebarang aktiviti.
3. Sentiasa mempunyai semangat berlumba-lumba ,positif dan kreatif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
4. Memastikan rumah Raja Hitam menjadi juara dan mengungguli rumah-rumah lain dari aspek akademik, sahsiah, jasmani, rohani, emosi dan berketerampilan.
SENARAI NAMA GURU RUMAH RAJA HITAM (TERKINI) 2009
1) EN SHARIFUDIN SHARIFF (K.R)
2) CIK SITI MARIAM DARMIN (P.K.R)
3) PN. NORAINI ITHNIN (S.Usaha)
4) PN KASMIZAN NOR BT. SARJI
5) PN. NOORFARIZAH SHAHARUDDIN
6) EN ZUKI ZUROSWALI ARMAN
7) PN. HANITA SAMSUDIN
8) PN OOI SOK CHIN
9) EN RAZALI AHMAD
10) EN ANWAR ZAINOL
11) PN HASMIZA MAT ARIS
12) EN. AZIZAN HASSAN
13) CIK SITI NUR MARIAM SALLEH
14) PN. SUWAIBAH HJ JALEL
15) EN ROZI IBRAHIM
16) EN ABDUL RAZAK SILONG
Melalui program Sistem Rumah ini, wujudnya rasa kasih sayang dengan ahli rumah, semangat kekitaan, kerja sama, semangat sayangkan rumah, berdisiplin dan berdaya saing . Dari aspek kebersihan pula, mereka sentiasa memastikan kebersihan dan keceriaan kamar serta kelas diutamakan. Sesungguhnya melalui sistem rumah ini, para guru telah menerapkan nilai-nilai murni kepada semua pelajarnya semangat ingin berlumba-lumba secara positif untuk memastikan kedudukan rumah sentiasa teratas berbanding dengan rumah-rumah lain...
Friday, August 7, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)